Dec 17, 2008

Erti jodoh

Aku nk berkongsi sst dgn kalian sume.Semoge kite sume dpt sedikit manfaat drpdnya. Artikel di bwh ni aku dpt drpd teman rapatku. Ia menceritakan luahan hati sorg lelaki yg cube membina kekuatan diri atas kelukaan jiwanya. Mungkin aku tidak terlalu mengenalinya, ttp cukuplah aku mendoakan kekuatan hakiki utk dirinya dan juga kehidupannya. Aminn...
Buat temanku pula....di mana ade kepercayaan, di mana ade kesungguhan, di mana ade pengorbanan, di mana ada usaha, di mana ade keikhlasan...di situ ko akan temui kebahagiaan...insyaAllah.

Erti Jodoh

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda: الالدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة. Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah”. (Hadith sahih riwayat Muslim).

Soal jodoh dan ajal adalah urusan Allah SWT. Tetapi yang pastinya mati itu pasti dan tidak diketahui bila masanya. Jodoh??? Adakah dia jodohku??? Tiada siapa yang dapat menjamin bahawa pasangan kita itu adalah jodoh kita. Kadang-kala saya sendiri merasakan sudah cukup syarat untuk menunaikan salah satu fitrah yang telah dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini. Manusia bisa untuk memilih kerna manusia berhubung dengan perasaan. Dengan menikah, kita akan dapat mencukupkan kekurangan diri, menambahkan ketenangan dan memberikan semangat dalam menjalani kehidupan, InsyaAllah… Saya ingin menjadi pemimpin keluarga untuk membina keluarga yang dipenuhi sakinah, mawaddah wa rahmah. Saya ingin menjadi suami dan ayah yang luar biasa, suami dan ayah yang bersifat dengan sifat Ibaad ar-Rahmaan. Terasa dekat sangat akan cita-citaku ini, tapi saya lupa tentang sesuatu iaitu hukum alam. Saya merasakan dia adalah jodohku, saya yakin dia bisa menjadi bakal isteri yang solehah, iaitu penyejuk mata, penawar hati dan penajam fikiran....

Dia..
Pernah aku rasa seluruh cinta...
Tak pernah sebegini..
Pernah suka segenap rasa...
Tak pernah sebegini...
Apa yang dia buat...
Hingga hati bergetar,jantung berdebar...
Melihat wajah...
Duhai tuhan,
Diakah rusuk kiriku???...

Tetapi itulah kuasa Allah SWT, kita selalu merasakan apa-apa yang di hadapan kita bisa menjadi sebahagian dari diri atau hidup kita. Bila kita diberi ujianNya, bagaimana persepsi kita untuk menghadapi keadaan yang perit itu. Kita harus terima setiap ketentuanNya, kerna Dia telah menentukan takdir ke atas diri kita 50 tahun sebelum kelahiran kita. Kita harus percaya dan yakin pada ketentuanNya kerna ia adalah salah satu rukun atau pengukur keimanan kita pada Allah SWT. Kita selalu lupa adanya 6 rukun keimanan ini. Hanya diri kita yang mengetahui. Usahlah menyalahkan orang lain,muhasabah diri adalah cara terbaik.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". (Ali Imran 3:14)

Sebenarnya kita tidak perlu terburu-buru mencari perhatian sebelum kita benar-benar faham apa itu mencintai diri sendiri dan mencintai Allah SWT. Kemanisan cinta sesama manusia tidak akan kita kecapi jika kita sendiri belum terasa indahnya menyintai Allah dan mencintai apa yang dicintai serta membenci apa yang dilarang Allah. Kecilnya diri ini. “Ya Allah, menyintaiMu lebih dari segalanya, ampunkan dosa-dosa hambamu yang serba kekurangan ini…”.

Kita seharusnya berusaha untuk mencari cinta Allah SWT, supaya Allah mudah untuk memenuhi cita-cita kita. Allah SWT yang memiliki kita amat kasih dan sayang pada hambaNya. Mana mungkin Yang Maha Penyayang membiarkan hamba yang disayangiNya menderita dan kecewa. Kusedari, cinta, jodoh dan peta hidup adalah milikMu Yang Maha Mengetahui, saya sekadar perlu berusaha mengikut panduanNya dan menjadikanNya kekasihku dulu sebelum mencari kekasih manusia. Saya tahu jika saya tidak melakukan apa yang telah ditetapkan, pasti banyak kesulitan, kekecewaan dalam kitaran hidup saya. Sesungguhnya saya tidak kecewa kerna cinta manusia, cinta Kau adalah cinta hakiki,saya ingin kecapi cinta itu. Allah SWT telah berjanji “siapa yang menolong Aku, Aku akan menolongnya.” Saya perlu yakin dan mencari pasangan dengan cara yang jujur dan ikhlas serta tidak membuat orang menderita. “Ya Allah, hambaMu yang serba kekurangan ini memohon agar Engkau Yang Maha Mengetahui sentiasa memberi petunjuk ke atas diri ini,Amin…”. Saya perlu bangunkan harga diri, belajar untuk lebih berdikari, belajar khusyuk dalam solat agar saya dapat bercakap dengan Allah, belajar untuk mendengar kata-kata indah Engkau melalui Kalam Engkau, perlu lebih banyak memberi dan tidak terlalu cepat untuk memiliki. Saya tahu inti pati yang sebenarnya ialah ‘memberi bukan memiliki’ serta yakin pada janji Allah SWT yang pasti. Tapi untuk memberi itu adalah sesuatu yang susah untuk dilakukan sepertimana ‘menjadi pemaaf itu sukar’, bilang temanku. Semuanya mengajar kita tentang kesabaran. Saya manusia kerdil,selemah-lemah iman lagi. Saya seharusnya berterusnya untuk memohon dan mengadu padaMu Ya Allah kerana saya yakin setiap keluhan dan bisikan hati ini pasti Engkau dengari dan semua doaku pasti ditunaikan, kerna Engkau tidak pernah menolak doa semua hamba-hambamu yang menunjuk kejalanmu. Saya perlu yakin dalam dunia yang nyata ini setiap hamba Allah yang berusaha dengan sabar akan memetik rahmat dan nikmatNya. Hanya Engkau pemerintah hati ini. Akanku teruskan hidup ini ibarat suatu pengembaraan, kerna itu adalah yang terbaik. Kita perlu terus mengembara untuk mencari persoalan hidup agar kita tahu peranan hidup kita. Dan setiap kembara itu pasti ada ujiannya, hadapilah ia dengan redha dan sabar kerna disitulah terletaknya sejauh mana keimanan kita pada Allah SWT. Tenangkan diri dengan zikir, doa dan solat. Insya Allah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau jodoh tetap jodoh. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.
“Ya Allah, Tuhan Pemilik Segala Cinta.. Letakkanlah dunia dalam genggamanku, jangan di hatiku.. Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah! Ya Allah, sungguh aku memohon redhaMu dan SyurgaMu! Amin...”

"Aku memohon cinta-Mu (ya Allah), cinta sesiapa yang mencintai Engkau dan mencintai amal yang membawa aku dekat kepada Engkau". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Ajalku dengan mendapat keberkatan, mendambakan “syurga” sebelum SyurgaMu.
-Hamba Allah-

No comments: